Oct 30, 2013

Sembang Subuh

Dah 3 malam Harraz menangis..susah nak tidur sebab sakit gusi.

Tapi hari ni ok sikit..dia bangun dekat kul 5 so sekarang kul 5.40 update blog sambil buai dia..tidurkan semula. Nanti boleh mandi dan solat terus kan.. Better dari dia bangun kul 2 pagi pastu kul 3 or 4 lebih baru tidur balik :')

Tak tau nak sembang apa..cuma nak cakap pasal drama tv3 kul 7. Semalam ramai kawan yang up status kat fesbuk pasal choki choki. Tak tau hujung pangkal tapi boleh agak ada kaitan ngan citer kat tv3 sekarang :') Mr Arrogant ke apa nth tajuk dia..huhuhu.

Saya dah berzamaaaaan tak layan drama2 kul 7pm tu. Last saya (dan hubby) tengok dulu citer Setia Hujung Nyawa..tu pun masa cuti lepas bersalinkan Harraz. Saya rasa tak boleh start (saya la..xtau orang lain) sebab bila dah start nanti mesti tak nak tinggal. Yang tertinggal hanya la kerja memasak atau tertinggal masa bersama anak2.. Ini saya cakap refer kepada diri sendiri ok. Takde niat langsung nak kaitkan sapa2.

Bukan kul 7 jer..kul 9 ker..kul 10 ker..memang tak follow..hahaha. Sian sungguh kan. Kalau member sembang pasal cerita tv saya hanya setakat tumpang dengar. Nak sampuk tak tau citer lak kan..hihi Memang tv kat rumah ni tak tengok sangat. Tapi tepon yess...kuikuikui. Ye la, sambil2 tunggu lauk nak masak boleh wassap kejap..or boleh layan line ke. Boleh berfb ke kan..takde isu tertinggal episode ke apa.

Tapi tu la..setiap orang ada minat masing2..tau time management masing2 so kita tk payah nak compare diri kita ngan orang lain. Asalkan bahagia sudah..

Ok la..dah kul 6. (Tak dengar lak azan subuh) Harraz pun dah tidur.

Sekian dan terima kasih.

3 comments:

Anonymous said...

sama la kita lia..akak lagi sadis..setia hujung nyawa tu pun x tengok hukhuk...takpe la tak penting semua tu...anak2 dan family lagi penting kan

Rasp said...

ciannn harraz...
hope he's feeling much better...
i pun jarang nak layan citer bersambung2 ni sis...
tak terkejor....
tapi drama korea i layan gak sis
hahahahahhahahaha...
TAPI satu drama org habis dlm sebulan...
i habis mau amik masa 3, 4 bulan...
sbb nak kena cari masa tu yg jadik gitu tu...

Nurhayati said...

betul tak perlu bandingkan kehidupan kita dgn kehidupan org lain. mmg x sama.