Nov 10, 2013

Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat

Macam yang dah dikepohkan sebelum ini :) Syukur diberi kerajinan untuk berkongsi pengalaman kali pertama join kursus pengurusan jenazah. Kalau bukan disebabkan charger rasanya dah lama dah up cerita ni. Tapi charger tak jumpa..bateri camera memang totally 0. Cari2 tak jumpa...memang lupa sungguh mana letaknya..huhuhu. Pagi ni mujur teringat card reader yang hubby bagi ari tu. Try masukkan memory card...alhamdulillahh..boleh jer guna :')

Kuar rumah seawal 7.30 pagi sebab kena uruskan pendaftaran peserta. Sarapan & makan tengahari untuk suami dan anak2 siapkan awal2. Jangkaan ramai yang tak dapat hadir sebab cuti panjang (awal Muharram) meleset..rupanya ramai jer yang datang pagi tu. Syukur.

Lepas setel hal2 register baru masuk join dengar ceramah.



Penceramah pada hari itu..Ustaz Zaharudin. Tajuk ceramah : Mati & Sakaratul Maut 
 
Yang paling saya ingat ustaz kata saat sakaratul maut (roh ditarik keluar dari badan) adalah sangat sakit. Allah tutup hijab kita supaya tak nampak kesakitan tu. Kalau kita nampak nescaya kita tak akan buat kerja lain melaikan beribadat 24 jam. Lagi saya ingat katanya ketika roh dah sampat ke halkum orang tu dah boleh Nampak alam ghaib. Dah boleh nampak malaikat..dah boleh Nampak syaitan. Sebab tu jugak la taubat  di saat itu dah tak diterima..
 
 
Ceramah ni tak lama..lepas tu rehat minum pagi then sambung sesi kedua. Ceramah & praktikal pengurusan jenazah, kafan dan sembahyang oleh Ustazah Aniza Binti Mohamed Izahar.
 
First soalan ustazah ialah apa nawaitu semua hadir pagi tu :) Adakah nak menuntut ilmu? Tanggungjawab atau sebab Fardhu Kifayah. Hehe..macam2 jawapan kami bagi.
 
Saya ingat nak tulis sikit2 jer point yang saya dapat hari tu..

* Persediaan awal yang perlu kita buat untuk menghadapi mati :
 
   -  Kain batik lepas..
      Sekurang-kurangnya 4 helai (untuk tutup jenazah, untuk mandi, untuk salin dari lepas mandi  sementara nak dikafan) Tapi boleh juga guna kain batik sarung yang dah berjahit.. Dan kain yang dah disimpan dan diguna semula (tapi ramai jer yang buang terus kain2 tu..bazir)
 
   -  Toto/ comforter & tikap plastic untuk potong kain kafan dan untuk elak kapas dari bersepah.
 
   -  Dulang dan mamngkuk untuk letak kapur barus, cendana dll.
 
   - Tuala (2 helai besar dan sehelai yang kecil) untuk mengelap jenazah.
 
   -  Baldi & gayung yang diguna untuk mandikan jenazah.
 

 
* Menguruskan jenazah yang baru menghembuskan nafas:
 
   -  Tutupkan mata
 
   -  Qiamkan tangan
 
   -  Letakkan jenazan di tempat yang sedikit tinggi untuk mengelakkan serangga masuk ke rongga badan (sebaiknya katil single size)
 
   - Hubungi orang yang berkaitan ( Urusan beli kain kafan, penggali kubur, Imam dan pengangkutan)
 
   -  Bukakan baju (Tapi pastikan ditutup dengan kain)
 

 
   -  Lembutkan sendi-sendi (gambar di atas ustazah tengah tujuk macamana nak urutkan muka dan sendi2 supaya senang untuk diqiamkan dan mudah proses mandikan)
 
   -  Ikatkan lutut dan kaki supaya kemas sekiranya kaki tak boleh dirapatkan. (contoh macam dalam gambar di bawah.
 
 

 
   -  Bacakan sedikit ayat al-quran (ayatul Qursi dan 4 Qul)
 
   -  Doakan si mati
 
* Kain kafan
 
   -  Panjang minimum 10 meter dan maksimum 17 meter (13 meter just nice)  
 
   -  Lebar 60 inci
 
   -  Panjang - ikut badan si mati dan perlu dilebihkan sedikit supaya boleh diikat
 
   -  Minima 1 lapis (Nabi dikafankan dengan 3 lapis)
 
   -  Untuk jenazah perempuan: Perlu 'kafan 5' (kain, baju, telekung, 2 lapis luar) Macam dalam gambar di bawah.
 
Untuk kelas ni ustazah guna kain yang berlainan warna supaya senang nak beza..untuk kain (oren), baju (peach) telekung/tudung (ungu) dan kain kafan luar 2 lapis (putih)
Dan kain kafan sebenarnya tak wajib berwarna putih.
 

Kain kafan perlu dipotong sebelum jenazah dimandikan.
 

 
 
Praktikal mandikan jenazah tak dapat buat betul2 guna air sebab belajar kat surau yang takde kemudahan mandi jenazah. Maklumlah..surau di taman saya tu asalnya adalah rumah yang diwakafkan. :) So ustzah hanya boleh tunjuk cara dan apa yang perlu dibuat.
 



 
 
Untuk detail cara2 untuk mandikan jenazah korang boleh la google or tanya orang arif yer. Saya nak taip satu2 tak sempat. Ni pun dah amik berapa jam lama..almaklum mak ada anak kecik ni kan.. :')
 
 
Lepas mandikan tu belajar cara nak kafan pula. Ustazah kata selalunya dia akan letak kain kafan yang dah dipotong tu ikut arah yang senang orang nak sembahyangkan nanti.
 
 
 Kain kafan yang dah siap dipotong dan diletakkan melintang arah qiblat.
 
 Antara contoh air mawar yang diguna untuk Wangi-wangian..
 
 Serbuk cendana..kuning warnanya.
 
 Kapur barus..
 

Kapur barus dihancurkan dan ditabur di atas kain kafan semasa proses kafankan jenazah.
 
 
Masa ustazah buka bahan2 wangian tu saya dah rasa semacam..perasaan yang tak tau nak terangkan macamana. Memang wangian yang kita boleh bau ketika ziarah orang meninggal..
 
 
 Memakaikan 'kain'..
 
 Memakaikan 'baju'
 

 Tudung..
 

Selesai dipakaikan kain, baju dan tudung..



Setelah diikat..kemas.. 

Sebelum muka ditutup..'saudara mara' boleh kucup untuk kali terakhir. Masa ni memang syahdu gila rasanya. Kakak tu pulak pandai bawak watak..memang menjadi.. 

Kakak yang jadi model ni kata masa ni memang sangat2 menginsafkan :'(



 Bila dah selesai belajar mengkafankan, ustazah ajar cara sembahyangkan jenazah pula. Masa ni guna model anak patung jer :) Sebab semua orang kena belajar bacaan dalam sembahyang jenazah.

Doa2 yang dibaca semasa sembahyang jenazah korang boleh google. Tak susah dan tak panjang sangat untuk dihafal.
 
 
Sedang elok jer bengkel ni habis masa zuhur. Lepas dah setel semua baru lunch dan sambut birthday untuk ladies yang lahir Julai - Disember :)

 
 
Ini last event untuk tahun ni. Next year dah taknak pegang apa2 jawatan lagi dah..huhu. Ada anak kecil2 ni susah sikit nak bagi komitmen kan. Tapi insyaallah kalau bantuan diperlukan insyaallah akan dibantu.
 
 
(Phewwww..rasanya dekat 3 jam nak siapkan entry ni. Macam2 dugaan dan rintangan..hihi)
 




3 comments:

Anonymous said...

tq for sharing lia..mmg bnyk info dapat dari entry lia ni...

Nurhayati said...

sangat bagus belajar pengurusan jenazah ni kan.. tuk akan datang jugak nanti.. walaupun seram nak pikir tapi kita akan laluinya jugak. bukan diri sendiri tapi ahli keluarga kita yg lain.

cahayaygmemelihara said...

Thanks for sharing..dgn gmbr lebih jelas...sgt bermanfaat.. :')