Sambil tempek gambar sambil story naa..
22.11.2013.
Big boss bagi keizinan untuk balik awal. Sebab flight kul 7..tambah tolak darab bahagi..bajet dari rumah ke KLIA 2 jam (paling lama) so at least 4.30 kena gerak dari rumah. Seperti yang dijangka..dekat kul 6 baru sampai airport. Syukur hubby dah buat online check in siangnya so sampai just drop luggage.
Dalam 'teksi'..sempat kann..
Tunggu turn..orang ramai yang amat. Cuti sekolah punya penangan..
Nuha kata naik plane tak best sangat. Dia dah bosan agaknya..sian. Nk buat guano nak oii..
Dah nak masuk waktu maghrib..
Simple..makanan dalam fight MAS sekarang dah tak best cam dulu2. Kalau dulu siap bagi kacang and coklat..kalau bukan Fererro Rocher..mesti bagi coklat Cadbury..sekarang ni memang yillek. Nak kena minta kut baru dapat.
Menikmati makan malam sambil layan kartun..
Sorang pun tak tidur..masing2 aktif cargas..T_T..mujur tak buat perangai jer..
Alhamdulillah selamat sampai KKIA kul 9 lebih..
23.11.2013
Budak2 ni semua bangun awal..walhal malam tu kul 1 lebih baru tidur. Seronok sangat diorang dapat jumpa semua sepupu sepapat. Kakak yang kat Muar pun balik sekali..mau tak meriah. Anak dia pun 2 pasang gak..happening dan pening bila ada 13 orang budak dalam 1 masa :')
Isya , Nuha, Hannan, Afif, Auni, Naufal & Adib. Macam jakun jer budak2 yang baru tiba tu..tak pernah tengok perangkap tikus kekdahnya..hahaha. Hannan kata "mama..takde cheese sebab tu tikus tak masuk. Kitorang bubuh Tanah liat jer." Baju Harimau Selatan ditaja oleh kakak.. Semua anak2 dapat..hehe.
Amoi..melepak bilik makcik dia
Auni yang sempoi abis..huhuhu
Panjat meja kerusi..atuk dan nenek biarkan jer. Bukan selalu katanya..jangan jatuh sudahhh..
Harraz yang menten cool..
Aiys..si giant baby. Besar dan semangat gila ok..ni anak adik, even badan dia besar 11 bulan dah boleh berjalan.. Geram mama tengok peha dan bontot ko dik.
Hari pertama tu (23hb) memang duduk umah jer..mama balas dendam tidur puas2. Sempat jugak selongkar barang2 lama dalam laci. Auni pakai jam yang ex-boyfriend mama bagi..hadiah pertama masa jadi girlfren..sekarang boyfren tu dah jadi hubby..hihi
24.11.2013
Pagi tak ke mana..hubby tolong mengecat umah adik yang baru siap. So petang baru kuar..gi beach (kemestian nih..hihi) Kuar pun dah lambat..kul 4 lebih gitu lebih kurang. Layan gambar jom.
Gi beach yang dekat ngan rumah mak mertua adik..dekat sangat2. Dan dari umah mak ke pantai ni makan masa 15 minit..tak jauh pun kan..
Sekali imbas Nampak macam kalimah Allah kan awan tu..
Papa jadi pemerhati..
Mama tak mandi..jadi photographer jer. Tu yang gambar 4 x 4 ni pun amik gak..kikiki..
Gi ramai2 ngan family kakak & family 2 orang adik..memang happening sungguh la.. ;D
Pantainya landai..
Saujana mata memandang..
Matahari mula nak melabuh tirainya..
Hubby posing.. :p
Penyokong Harimau Selatan..haha.. Auni, Isya, Dina & Nuha
Main bola dalam air..
Senja nan merah..masyaallah. Sempurna sungguh ciptaan Yang Maha Esa kan..
Tak pernah dan tak akan bosan tengok sunset..
Hujan mula turun..renyai2..
Selagi tak dipanggil selagi itu diorang bermain. (Gambar sama macam yang ada dalam Samsung tab..saya sure sangat gambar tu adalah view di laut Kota Kinabalu..haha..dasyat sampai dah boleh cam pantai KK ;p)
Saya kata "Haa..selalu nak mandi laut kan..kat sini mandi la puas2..tak yah bayar pun". Sekali Hannan Tanya."betul ker mama? free eh? tak yah bayar?.." hahaha..
Terima kasih kepada camera yang boleh capture pemandangan yang indah ini..
Bila hujan dah berhenti baru bawa Harraz main..
Muka tak puas hati je Razz..
Beberapa minit sebelum azan Maghrib berkumandang..
Saat yang ditunggu-tunggu..
Senja berlabuh..dan malam kian menjelma..
Alam mulai gelap.. Gambar last menghakhiri entry Balik Kampung Part I..
Nanti ada masa sambung lagi aktiviti hari seterusnya.
(Entry ni dikarang sikit2..Malam tadi load semua gambar, so ada masa taip sikit dan save..)

1 comment:
bestnya ada kampung diseberang sana. auntie dah tua baru merasa naik kapal terbang nuha :p untung kecik2 dah naik kapal terbang.
Post a Comment