Sambung lagi..sementara tengah rajin ni kan baik la update terus. Paling tak pun up gambar dulu. Bila2 ada masa boleh taip dan save sikit2. Hari tu stop kat 24hb kan..so sambung the next day...
25.12.2013
Selain gi beach..satu lagi kemestian bila balik kampung ialah jumpa my BFF ni. Tapi jumpa kejap jer sebab petang tu jalan jam macam *&^%@*#.. lama gak saya tunggu dia sampai, dekat kul 3. Pastu terus gi cari port lepak dan makan sebab masing2 dah lapar tahap gigil2..hehehe..
Note 3 baru tuuuu..menjeles ai kejap.. ;p
Saya order ni, ntah apa nama menunya tak ingat..portion dia besar. Saya makan satu (sebelah) jer..tak larat nak habiskan ..
Zareena order chicken chop..
Pas makan jalan2..ukur Suria City Mall
Yang pasti tiap kali jumpa mesti masuk Vincci..dan si Zareena ni mesti beli kasut ;D
Dapat jumpa kejap jer pun..keluar masuk kedai, tengah pilih2 barang tetiba kakak call ajak balik. Datang satu kereta ngan kakak and abang ipar tapi diorang ada hal lain. Dah janji nak balik sekali so nak tak nak kena la balik gak..huhu
26.12.2013 - Kisah yang terjadi hari ni dah cerita dalam entry lepas..kisah Anniversary kami yang ke 8.. so jump ke aktiviti hari seterusnya :p
27.12.2013
Hari ni pun asben dan abang ipar tolong mengecat umah adik. Belah luar lak pas belah dalam dah setel. So bila dah petang sikit tak tau nak buat apa tetiba adik lelaki bagi idea gi Hutan Lipur..mandi air terjun. Hubby pun suka jer..weheeee..
Masa pegi tu tawakkal jer sebab dah petang. Tak sure tempat tu tutup pukul berapa tapi sebab anak2 semua dah excited so teruskan jugak.
Sampai sana beberapa minit kul 4 suku..bila tengok jadual dia tutup kul 4.30..hahaha. Tapi kakak yang bertugas di kaunter tu baik hati sangat bagi kami masuk dan mandi sampai kul 5..jadi la kan. 45 minit berendam..
Yang bestnya ada pool jugak kalau tak nak mandi air terjun. Tapi yang pasti..pool or waterfall airnya sama sejuk....grrrr..saya pun surrender..
Kolam ni saja kami isi air paras betis diorang jer..hihihi
Tengok la Auni tu...dia lak memang tak tahan sejuk. Kejam masuk..kejap keluar..
Ada kisah ngan pool yang penuh airnya ni. Masa baru2 sampai tu..tak tukar baju pun lagi tetiba dak Auni tu terjatuh ke dalam pool ni..dalamnya paras dada saya. Syukur abang ipar ada sebelah dia dan Auni pun timbul lepas terjatuh tu so cepat2 abang ipar capai tangan dia dan tarik naik atas... Haihhh..budak tu kan memang lasak sangat..tu la diaa.. T___T
Papa yang rajin melayan anak-anak dia.. Nuha tengah bagitau kat papa yang lubang tu sedut air..
Harraz menangis bila bawa masuk pool..sejuk sangat ok air dia.
Lepas masuk pool mandi sini pulak. Tapi memang kejap jer la..lagi2 bila Auni nak dukung lak..sejuk punya pasal. Dia tak tahan...:'D
Sempat snap..air terjun ni tak besar sangat. Tapi tak tau la yang belah atas sebab tak pernah naik. Kakak yang jaga kaunter tu bagitau sebelah atas sana diorang tengah buat pool lagi besar..tahun depan boleh la try yang tu pulak..insyaallah.. :)
Memandangkan masa tak mengizinkan untuk lepak lama..budak2 tu pun dah 'biru' kesejukan..hihihi..
Lepas mandi (bilas) dan pakai baju terus balik rumah dengan happy...
(Next time sambung part III lak..:'P)
1 comment:
bestnya mandi manda gitu :)
Post a Comment