Tahun depan, 2014..teruja lebih sikit sebab 2 orang anak akan melangkah kaki ke dunia baru :) Naazneen Auni masuk playschool dan Hannan pulak masuk darjah 1. Insyaallah..
Kalau ikutkan memang nak sangat masukkan Nuha & Auni (juga Hannan..dulu) ke Tadika KEMAS jer. Tapi..tak layak/kuota penuh.. :( Takpe la kan, mungkin ada yang lebih layak dari kami.. Lagi pun, tiada tadika KEMAS yang berdekatan dengan rumah..huhuhu.. Hanya sedapkan hati..ada hikmah di sebalik semuanya. Insyaallah..
Yuran sekolah Nuha & Auni..
Yuran Abg Hannan..
Jangan pulak ada yang nak kata bukan2yer..ada gak kut orang lain yang upload gambar resit/kira2 yuran sekolah anak2 diorang.
Memandangkan sekolah Hannan kena pakai baju kaler purple..lengan pendek..maka jenuh la mencari. Yang ada semuanya lengan panjang. Dah beberapa minggu mencari..akhirnya, semalam saya dan suami nekad beli jer lengan panjang pastu potong dan jahit sendiri..huhuhu. No choice kan..
Nak cari kain cotton..sebab mengambilkira baju tu akan dipakai dari pagi hingga ke petang..so kalau jenis kain cotton selesa sikit kan..pusing2 gak la cari di kedai2 Saujana Utama tu..banyaknya jenis kain licin..yang kain cotton takde saiz. Dugaan sungguh la! Disebabkan konon nak menjahit so singgah kedai jahit beli benang dan keperluan menjahit..tawakkal je pilih kaler benang..
Otw balik dari Saujana Utama saya cakap kat hubby try cari kat Meru. Akhirnyaaa..jumpa kat Meru..kain berkualiti dan ada size! Kedai Songkok Anuar kut nama kedai tu.
Lepas beli tu terus balik rumah..ada misi katanya.
Petang semalam juga suruh hubby bawak keluar mesin jahit hadiah besday 2 tahun lepas (kut).. Hannan siap kata "Hannan rasa dah lama sangat dah benda tu.." Dan2 tu jugak hubby buat muka ala-ala "hah..B takyah cakap, hannan pun tau" gitu la lebih kurang maksud muka dia tu..hahaha..
Tengah godek2..masing2 pun tak pernah guna mesin macam ni kan so nk isi benang kt bobbin tu pun tak reti..kuikuikui
Sampai buka youtube ok..haha. Tapi tak sempat tengok dah ok..dah tau macamana..ngeeee..
Minta adik tolong masukkan benang..
Jeng..jeng..jeng.. Demi anak kan..walau tak sihat kugagahi jua..
Sebelum dan selepas. Lulus!! Good job mama!..
Dah siap jahit harus la try kan..pastu bila tengok abang try baju si kecik tu pun sibuk jugak nk try baju dia. Seluar dia tu pun nak kena alter jugak tu..panjang sangat.
Berbaju melayu..
Hari ni pulak kebetulan MC so boleh la berkhidmat untuk diorang..jadi tukang gunting..tukang masak.. 3 budak tu suka jer bila tanya nak tak potong rambut.
Nuha..saya sayang sangat nak potong rambut dia. Suka rambut blond dia yang curly di bahagian hujung tu. Tapi demi keselesaan dia redha je la..kecik lagi kan, tak reti sangat nak urus diri. Pujuk hati nanti boleh panjang lagi.
Auni..baju basah tu! rambut dia senang sikit nak potong sebab lurus tak macam rambut kakak..yang susahnya mek ni tak reti duduk diam..ggrrrr..geram!
Selagi tak start sekolah selagi tu la ada jer benda yang macam tak setel lagi.. Badge pun tak jahit niiiiii!!!!






3 comments:
eksaited bila anak anak nak start sekolah kan.. hehehe
lagi dua tiga tahun...berapa pula yuran kan...huhuh...garu kepala!
comel je anak2 ko.. excited nak sekolah semua. aku tak enroll lagi aliah.. biar la tunggu 5 thn sama cam zara gak.
aku pun kalau ikutkan hati masuk je anak kat kemas or pasti. tapi tue la ada golongan lain lagi sesuai.
pitam tgk yuran tadika skang. macam nak masuk universiti dah.. esok time anak2 kita masuk universiti aku tak tau la berapa plak huargh..
Post a Comment