Semalam EL..dak Auni demam & lelah..mujur tak kena amik neb, cuma kena observe lebih..kena bagi makan ubat ikut time.
So amik Hannan pun awal..kul 4 dah terpacak depan sekolah dia.. :)
Sebelum balik rumah singgah Mydin jap nak beli sayur sikit. Masa lalu area cold storage tu Hannan nampak ketam dan terus cakap "Eh..ketam la mama. Hannan sukaaa ketam".. sian pulak bila dengar ayat dia tu, lagi pun sebelum ni dia pernah jugak request nak makan ketam tapi sebab harga ketam yang agak mengarut saya tak layan. Masa kat kampung ari tu dia first merasa makan ketam..jangan compare la kan, kat situ makan sebesen..haha..puas hati sebab murah.
So semalam beli la jugak 2 ekor walaupun memikirkan harga tu sangat tak berbaloi untuk ketam yang mahalnya hanya pada kulit..isi tak banyak mana pun..huhuhu. Eh, jangan lak cakap kita tak ikhlas nak bagi anak makan pulak tau.
RM30 sekilo *pengsan*
Beruntung la ko dapat jadi ketam..mahal ;p
Ketam jantan.. Tau kan macamana nak bezakan ketam jantan dan betina? Kalau tau bagus! tak atau takpe ;)
Masak lemak jer..buh timun sikit. Saya tak potong pun jemari ketam yang takde isi tu. Sesetengah orang memang dia kerat buang..biasa la, acara memasak sambil mengejar masa..
Makan panas2 sedap ni..ratah macam tu jer pun sedap.. (ah kau..bab makan memang semuanya sedap!)
Fav ni..cendawan. Selalunya memang ada dalam fridge..goring tepung pun sedapppp...
Alhamdulillah azam baru untuk masak tiap malam tercapai...SETAKAT INI! Awal sangat lagi kan, takyah bongkak sangat..kut2 esok2 tetiba lak tak mampu nak masak..malu pada diri sendiri!!!






3 comments:
selama hidup x penah masak ketam
makan je org masak
masa kena dnggi tu hari..makan sup ketam hari2.itupun pengasuh anak yg tlg masakkan ;)
mmg mahal pun..sbb tu jarang makan
nt kita google cane nk tau ketam jantan n betina ye.hehehe
sedapnya ketam..jarang masak ketam sebab nanti tak kenyang...pffttttt..dasar buruk lantak kan :)
Post a Comment