Pengalaman baru buat Hannan & Auni..juga buat papa dan mama.
Pagi semalam sedih jugak sebenarnya..sebab tak boleh nak hantar Auni pada hari pertama dia memandangkan saya kena keluar awal hantar Hannan. Area umah tu kalau keluar lambat sikit memang menangis la hadap jam. So pagi tu bincang dengan hubby, hubby kata dia uruskan hal Nuha dan Auni, saya gi hantar Hannan. Lepas hantar the girls nanti hubby gi sekolah Hannan. Ok la, saya setuju..dalam hati duk kata takpe sebab Auni pun sebelum ni selalu datang sekolah tu masa amik kakak dan abang. Dan sesekali datang masa sekolah buat program.. Lagi pun sekolah tu duduk kat belakang umah jer :) (Menyedapkan hatiku..huhuhu)
Kul 6.50 kuar rumah..syukur Hannan hanya dikejutkan sekali terus bangun mandi. Sementara tunggu mama bersiap dia duk kata.."tak sabar..tak sabar.."..hehehe..mama pun sama nak oi..teruja mama ni melebihi teruja kamu..
Dia punya excited sampai takde selera nak makan..hihihi.. sudahnya mama yang habiskan. Standard la tu kan ;D
Masa nak masuk dewan ni dia salam mama dan terus babai..means mama dah boleh balik. Haha..adeh anak, tak kan la mama nak tinggal terus macam tu. Hari pertama ok..
Parents yang saya percaya pun teruja macam saya..
Tunggu hubby datang sambil perhati gelagat anak dan ibubapa yang datang..
Mudarisah duk remind jangan lupa tulis nama pada kasut masing..
Kena berbaris ikut kelas/darjah..so semua sibuk mencari mana barisan masing..
Togel jer kepala abang..hehe. Tak tahu pulak kena pakai kopiah putih..plain.. yang ada kopiah biru belang2 dan songkok jer. Itu pun tunggu papa bawakkan.. *kes terlupa* Dan ramai jugak yang tak jumpa baju lengan pendek. Sorang kakak tu tanya mana beli baju lengan pendek..dia cari tak jumpa..hihihi. Sama la kak, saya pun beli jer yang panjan pastu alter..
Darjah 1 ada 40 orang jer.. Err..tengok rambut Hannan, mama kerjakan..konon style sangat la tuh :')
Yang berdiri tu dah kena beratur masuk kelas..
Majoriti cikgunya perempuan :)
Budak-budak darjah 2, darjah 1, pra sekolah 5 & 6 tahun..
Happening ;)..mencari kasut masing2..nak masuk kelas..
Hannan memang friendly :) Kejap jer dah dapat geng..Ilhan..(Antara nama pilihan untuk Harraz Imtiyaz dulu)
Good luck anak! Nak masuk kelas dah ni..kelas dia di bangunan sebelah so kena jalan sikit..
Budak2 darjah 2.. ceria je kakak2 ni..
Classmate Hannan..ada 20 orang semuanya. 15 orang lelaki dan 5 orang perempuan..
Budak lelaki yang Chinese look tu memang banyak cakap dan agak kelakar.. Tengah2 cikgu dia bercakap boleh pulak dia Tanya "cikgu..bila nak belajar?.." Haha..gelak parents yang ada..
Diorang kena perkenalkan diri sorang2. Bgtau nama dan tinggal di mana. Budak Chinese look tu nama Faizal..yang kelakarnya, masa dia perkenalkan diri punya la panjang nama dan bin yang disebut..sampai ke moyangnya.. ;D
Classmate Hannan ada yang nama Harraz & Auni..hihihi. Nuha jer takde. Sorang budak perempuan yang duduk kat belakang sekali tu kata umah dia kat Kundang.. pastu parents yag ada serentak cakap "jauhnyaaaa..".. :')
Best la Hannan sebab kelas dia berekon. Cikgu dia kata kelas tu baru siap dan tak habis make up lagi..langsir pun nak pasang lagi..
Dalam kelas Hannan ni ada 2 orang yang menangis pagi tu. Dua-duanya lelaki..hehe..
Cuba tengok budak nama Faizal tu, tengok muka dia..comel kan, entah apa la yang dia repekkan ;D
Hannan dapat tempat duduk paling depan. Seronok mama dia..
Hannan masuk kelas 1 Bijak..kelas yang satu lagi tu 1 Arif. Tak silap saya dalam setiap darjah ada 2 kelas sahaj..dan 1 kelas ada 20 orang murid. Rasanya penempatan kelas ni sementara je..sebab nanti ada exam untuk menentukan kelas mana dia duduk.
Lepas tunggu kejap saya dan hubby gi makan dan balik umah..nak bawak budak Harraz gi klinik lak.
Minggu ni diorang belum mula belajar lagi..semua sekolah pun macam tu kan. Masih dalam proses suai kenal lagi :) So bila tak belajar lagi balik pun awal..kul 4.10.. sepatutnya kalau dah mula belajar nanti kul 5.30 baru balik..sejam tu kelas mengaji.. Saya punya la tak sabar dan teruja nak tau cerita dia, kul 3.30 dah ajak hubby pergi amik..haha. Walhal 10 - 15 minit jer jarak dari rumah ke sekolah tu :')
Nuha asyik tanya.."mama..mana abg ni?.." .." mama..lambatnya abang ni"..Mama..jom la kita naik atas ambik abang"... Hehehe..rindu kat abang la tu, selalu gi sekolah dan balik sekolah sama2 kan..
03.01.2014 -Jumaat
Tadaaa..dah ada kopiah..hehe. Beli lepas balik dari sekolah..
Sementara tunggu enjin panas kita amik gambar dulu.. ;p
Sebelum masuk dewan pun amik gambar dulu.. Whatsapp kat papa.dan papa reply "Ustaz Hannan" Hihihi..
Lepas hantar Hannan saya terus masuk office..walhal apply cuti sampai hari Isnin. Disebabkan makan minum disediakan dan diorang makan kat tingkat atas tu jugak so papa kata takyah tunggu. "Dia tak kena gi kantin beli makan sendiri..baik simpan cuti tu lagi pun jumaat kejap jer kerja". Hurmm..betul jugak kan so tak jadi cuti. Dan mujur tak cuti sebab macam2 hal nak kena setelkan hari Jumaat tu..
Buat kerja sambil kejap2 tengok jam.. Hari Jumaat kelas Hannan separuh hari jer..sampai kul 12.10.. Maknanya lunch hour setiap Jumaat saya kena gi ambil Hannan..pastu hantar balik umah ataupun bawak gi ofis. Setiap Isnin hingga Khamis takde hal sebab pagi tu otw gi ofis saya boleh hantar dan balik kerja kul 5 boleh singgah pick up dia. Maknanya belanja minyak juga akan meningkat bermula Januari ini..huhu. Tapi mama redha..apa saja untuk anak2 mama. Mak orang lain pun macam tu kan..apa saja untuk oraang yang tersayang..
Kul 12.15 (Start rehat gomen) saya terus gi amik Hannan. Masuk jer kereta terus buka bekal yang bawak pagi tu..dia kata "mama..tadi ticer marah Hannan sebab Hannan makan dalam kelas" Hahaha...memang la nak oi, mana boleh makan ikut suka. Kena la makan time makan. Saya saja bekalkan dia sebab dah alang2 buat bekal untuk the girls. Buat simple2 jer pun..roti sosej, roti sapu jem, scrambled egg dan epal. Bersungguh dia makan..sampai habis..
Budak lapar..
Semua dia makan..
Rehat Jumaat nan panjang..saya bawa dia cari kasut hitam. Demand lak nak kasut sarung jer..tak nak yang bertali dan tak nak yang straps tu.. Puas mencari..SACC & PKNS dah round tapi tak jumpa macam yang dia nak.. Sudahnya tak beli..
Basahkan tekak..sebelum masuk ofis.
Kul 5 lebih baru boleh balik sebab kerja mama banyak nak disiapkan..huhu. Sian Hannan..penat menunggu mama.
Tertidur kepenatan. Tidur dalam kereta otw nak balik rumah..
Dan pagi ini..awaaalll dia bangun. Tak ingat kut hari ni Sabtu takyah gi sekolah :)













No comments:
Post a Comment