Feb 13, 2014

Percutian Singkat

Alkisahnya..last 2 weeks kan cuti panjang..cuti CNY.
Bangun pagi hari Jumaat tu hubby tetiba tanya..."Nak gi bercuti tak?.." Saya tanya dia balik nak gi mana. Dia jawab tak kisah nak gi mana..tapi nak bawa anak2 di swimming..pool atau laut.

So lepas sarapan terus google hotel..PD..Melaka..Bukit Tinggi..Saya tukang search..hubby tukang call. Call hari tu dan nak check in hari yang sama..hahaha..memang tak dapek la kan. Kena pulak cuti bersambung..hotel semua full!!! Search punya search dapat satu hotel kat PD yang masih available..tapi masa tu dah tengahari..mengejar nak solat Jumaat lagi kannn..So kami decided untuk postpone dulu. Hubby kata kita gi minggu depan tapi Isnin kena amik cuti.. I ok jer la kan.. Ada hikmahnya jugak tak gi Jumaat tu sebab Utara Selatan jalan jammed! Kalau push gak ari tu memang check in maghrib la jawabnya..rugi..rugi..

Kebetulan...Selasa dapat email dari Booking.com. Bila click rasa cam ok jer..terus call hubby and hubby tak kisah..So terus buat booking. Yang bestnya Booking.com ni takyah bayar pun masa buat booking tu...masa nak check in baru bayar terus kat hotel.

So Ahad tu lepas abis miting persatuan terus gerak gi PD..dalam kul 11 lebih jugak..(dah request masa booking tu nak check in kul 12 - 1pm)


Cuaca cerah hari tu..
Dak Harraz tidur..charge energy..
Anak dara yang memang suka jer bila kata nak duduk hotel..
Hannan yang risau bila mama kata baju swimming dia tertinggal..Mama
Sampai sudah..dalm kul doblas lebih..
Papa gi check in..mama & anak2 tunggu dalam keta..
Budak yang suka permainkan kesabaran mama T_T
Masuk-masuk jer pintu nampak view ini..
View dari veranda bilik..
Dah bangun..cargasss..
Lepas jer letak barang hubby kuar gi tapau nasik..anak2 nak makan nasi goreng.. Cam biasa..nasi goreng cina untuk semua.. 

Lepas makan sorang2 tak sabar nak gi mandi. Lepas solat baru turun..saja turun lambat sikit sebab matahari agak terik hari tu..
Budak yang tak nak dipegang..macam la reti nak swim ;) Tu pun asyik nak selamkan kepala dalam air. Kenan itik ke dik??
Tak berapa selesa ngan baju tu..asyik cakap nak buka baju..-_- Malu nakkk..
Cuci mata..
Muka tak puas hati papa tak lepaskan dia..
Mama sebenarnya malas nak berbasah-basah tapi demi anak2 kan..maka ku terjun jua..
 
Dah puas mandi semua mama kerah naik atas..nak ronda2 kawasan lak..
 


Memang best lepak sini..ikut hati nak tunggu sampai sunset tapi hubby ajak keluar..
 
Sebelum keluar tu gi tengok apa yang menarik ada kat kawasan hotel ni..
 

Ada Pet Corner.. Dalam tu aada arnab, ayam serama & ayam kampung..kut..
Geram nak pegang arnab yang jinak2 tu..
Tak dapat ngan tangan..ngan kaki dia bantai..haha
 Posing..
Ayam seram arr.. ;p

Yang bertiga ni pulak sibuk nak main game ni. Tapi mama & papa tak bagi..maka muncung jer la mereka..hihi
Papa & Harraz..
Mama bertiga ngan Harraz & Auni. Yang berdua di hujung sana tengah merajukkkk ;p
Muka merajuk ni..
Harraz tak pandang la pulak..
 
Lepas dah pusing2 baru gi cuci mata kat luar.. Pendek kan cerita la yer..malas nak taip panjang2. Ni pun buat satu entry jer untuk 2 hari tu..
 

RM5 untuk 30 minit..murah kalau nak compare ngan Setia City ari tu..
Dua-dua dah hilang rajuk..
Seronoknyaaaa...
Harraz pun tak nak tinggal..nk join jugak..
 
Lepas dah penat bermain baru sibuk nak cari air..cari makanan. So lepak makan dan minum kejap..pastu terus balik hotel sebab dah maghrib.
 

 
Malam tu semua anak tidur awal...legaaaa. Boleh papa & mama lepak amik angin kat veranda..hihi..
 
 
Esoknya lepas sarapan terjun kolam lagi..tak pernah bosan kan budak2 ni bila jumpa air..
 

Papa belikan Harraz pelampung..since tak nak kita pegang kan. 
Anak2 dara..
Dalam gambar ni nampak Nuha cam dah besar jer..
Paaaling suka berendam dia ni la..
Dah kesejukan..sian dia :)
Kesayanganku..
Hannan..
Dah biru bibir masing2.. Rehat kejap, papa ajak gi fish feeding. Bayar tau..RM3 utk dewasa..budak bertiga ni RM2 sorang..

Semua orang kena pakai life jacket ni termasuk si kecik Harraz..
Ikan2 ni bukan diorang bela..memang ikan dari lautan :) Dia tak bagi rendam kaki sebab takut ada ikan bisa..
Teruja diorng..

Tentu la si Auni ni yang lebih teruja..
Cekcinya..awww..
Anugerah terindah..
 
Pas abis bagi ikan makan budak2 sambung mandi lagi..mama bawak Harraz masuk bilik sebab dia dan banyak kali menguap..ngantuk. Nuha pun naik sama..tinggal Auni & Hannan juga hubby..
 
Kul 12 lebih check out..
 
Otw balik tu hubby ajak singgah Bagan Lalang..lunch. Dan katanya nak tunggu petang sikit nk bawak anak mandi laut pulak..
 

Gold Coast Sepang nun di sana..

Cuaca panas..memang sedap la diorang belasah ABC..Hannan lak langsung tk makan..tak minum sebab mamai..tidur tk puas..
Nampak tak mata dia? Minta mama pakaikan eye liner sebelum kuar dari hotel. -__-
Sambil2 tunggu matahari jatuh..lepak kejap biar anak2 main pasir..
Seronok dapat jumpa pasir..
Sakit mata..masuk pasir :')
Daughters..
Lepak dalam keta konon nak tidurkan dia..hurrrmmm..tak tidur pun..lasak!
Selfie...;P
 
 
Akhirnya..tak tunggu and tak mandi pun sebab Harraz merengek nak tidur dan yang lain2 pun dah layu ;) So balik rumah terussss..
 
Next entry saya share pasal hotel pulak. Tak larat kut nak cerita semua dalam ni...

No comments: