Mar 20, 2014

Resepi Nasi Arab Simple

Last week ada sorang kakak tu ajar cara masak nasi arab yang paling senang..tak perlu guna rempah khas untuk nasi arab pun :)

So semalam first time cuba masak nasi arab ni since semua suka.

Bahan :
- Beras basmathi
- Ayam/kambing
- Rempah Bukhari
- Bawang besar - hiris
- Halia  - hiris
- Butter/marjerin utk menumis
- Sedikit susu cair
- Garam


Bahan untuk sambal:
- Tomato
- Cili hijau
- bawang Holland (?)
- Timun (ikut suka)
- jus limau kasturi
- garam
- gula


Sukatan bahan2 tu saya belasah jer..agak2 untuk makan anak beranak. Tapi sukatan air untuk tanak nasi tu sama banyak dengan sukatan beras.


Cara:
1. Rebus kambing sampai sedikit empuk
2. Panaskan butter/marjerin untuk tumis bawang dan halia
3. Masukkan rempah..pepandai agak yer, ikut banyak mana berasnya.
4. Masukkan kambing yang dah direbus tadi. (Kalau guna ayam takyah rebus dulu..just gaulkan dengan rempah terus masuk periuk)
5. Masukkan air rebusan daging tadi (ikut sukatan sama ngan beras)
6. Pastu bolehla masukkan beras & garam buat perisa
7. Agak2 air dah nak kering baru masukkan susu cair
8. Siap! :)


Untuk sambal:
Blend semua bahan dan pepandai adjust rasa.


*lebihan air rebusan tadi boleh didihkan semula..jadikan sup ;) (bubuh halia, kayu manis & bunga lawang)

Masa masak tu yang bestnya baru tumis bahan asben kata "sedapnya bau..boleh buka kedai ni"... haihhh..tak rasa pun lagi yang oii.. Hubby makan berselera..sampai 3 pinggan ok..hahaha. Bagus2..tak boleh la dia nak eksyen ngan penurunan berat dia lagi ;p Siap cakap balik kampung nanti buat lagi..nanti kita beli kambing..katanya :)





Bagi gambar seketoi..masa ni baru gaulkan beras..tak masak lagi. Dan gambar bila dah siap tak menyempat nak amik..anak2 kata nak makan..laparrrr.







posted from Bloggeroid

3 comments:

Nurhayati said...

menarikkk bole try. tp buat ayam le sbb ku xmakan daging huhu.. kat umah ni kalau xmasak nasi putih or nasi goreng. nasi ayam la budak2 ni mintak :)

A.H.A.D said...

Memang nampak simple resipinya drp yg lain2.
Aku tengok pun tak jadi terus nak masak dek kerana byk sgt bahannya

SemuaTentangKita said...

Yati & gee : memang simple. Salad & sambal dia pun guna bahan yg sama. Cuma utk sambal tu xyah la buh timun.. salad tu jer.