Assalamualaikum
Posting terakhir adalah lebih kurang 3 tahun lepas.
Tetiba hari ni terlintas nak share di sini..
Kisahnya, sabtu lepas (29.01.2022) Hayyan demam panas. Demam on n off sehingga la ke hari Selasa. Masa ni kitorg sempat la pegi Cameron Highland 3 hari 2 malam. Yang ni nanti la aku share kalau rajin..ihiks.
Rabu kitorg gerak balik dari CH..alhamdulillah masa tu Hayyan dah tak demam. Aku pulak yang mula rasa tak sedap badan..tekak dah rasa gatal2. Sampai rumah kul 4 lebih..petang.
Masih rasa x sedap badan tapi lepas Maghrib gagah jugak kuar g mamak ngan Hubby & ImtiyAzfar. Sementara tunggu order sampai aku menapak sikit gi Speedmart selang beberapa buah kedai dari kedai mamak. Beli covid test kit.
Lepas makan balik rumah, aku cakap kt hubby bagi aku tidur kejap kul 10.30 nanti tlg kejut sebab aku nk buat test. Kul 10.40 camtu baru hubby kejut..aku pn terus cepat2 bangun gi buat test.
Yah..result macam gambar di bawah ni..Positif!
Macam nk pitam rasa..so malam tu terus asingkan diri dari semua. Aku tidur bilik Abg Hannan, bawak barang yang perlu sekali. Malam tu memang dh rasa nak demam. Batuk dan sakit tekak jangan cakap la..perit.
Dipendekkan cerita...esoknya aku keluar gi klinik nak buat PCR..biar puas hati kan. Result pulak selepas 24 jam. Haihhh..penantian suatu penyeksaan tau.
Oh ya..lepas je buat test sendiri malam tu aku terus update geng camping aku bgtau tk jadi join sebab aku positif. Terkejut sgt diorang..tapi diorg tetap doakan aku sebenarnya negatif. Doa aku cepat sembuh semua. Aku pun siap whatsapp bosses kt ofis pasal result test kendiri aku. Boss sorang tu pn update dalam group office. Thanks kepada kawan2 yang pm bertanya khabar. Aku hargai sangat2..
Jumaat 04022022..
Kul 10 lebih geng camping bertanya khabar..tanya macamana result PCR. Aku kata dah check email, tkde result lagi. Borak2 lagi ngan diorg..diorang still positif, kata aku negatif covid. Hehehe..
Tengah scroll2 whatsapp baru perasan whatsapp dari klinik tempat aku buat PCR tu. Rupanya kul 9 lebih lagi dia dh sent result..aku je yang tk check..sebab duk fikir diorang akan emel result tu..
Alhamdulillah..result aku NEGATIF. Syukur sangat sebab selagi tk dapat result tu fikiran jd tak tenang rasanya.
Aku pn update hubby, adik beradik, bff dan geng camping. Alhamdulillah. Semua pn bersyukur. Geng camping siap kata nk nangis nk peluk bagai. So diorang ajak la jugak join camping.
Bila bincang ngan hubby, hubby memula kata aku masih tak sihat so kesian pulak nanti. bila aku bgtau kat hubby geng camping kata aku tkyah buat apa2..baring n rehat je nanti so hubby pn setuju. Katanya elok jugak aku dapat hirup udara segar..nanti boleh sihat sikit.
Makaaa..baru lah semua orang sibuk nak pack baju2 dan barang2 camping. Harraz la yang paling happy sebab dia suka outdoor activities. Masa dia dapat tahu mama positif dia terus tanya.."jadi kita tak jadi camping la?.." hehe..sedih pulak tgk muka frust dia. Bila dah rezeki kan..alhamdulillah Dia izinkan.
Dalam kul 3.40 camtu baru gerak gi campsite. Tak jauh pun..dalam sejam perjalanan je.
Eh..macam dah masuk cerita camping pulak. Aku nak cerita bab covid je sebenarnya tadi.
Ok lah..saja simpan cerita ni kt sini sebagai kenangan.
BTW..tak tau macamana boleh dapat balik blog lama ni.. gembira rasa.
No comments:
Post a Comment