Kata-kata itu doa..apatah lagi dari mulut seorang ibu kan.
Mama doakan yang terbaik untuk Abang dan semestinya Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk Abang. Mama hanya mampu berdoa dan berdoa untuk kejayaan anak-anak mama..di dunia dan di akhirat.
Hari ini, 06 Januari 2025 paper subjek Bahasa Inggeris. Mama percaya Abang boleh buat.. Selasa (esok) Paper Sejarah pulak..Rabu Matematik dan Khamis Pendidikan Islam.
Mama tahu tahap dan kemampuan anak mama.. Mama percaya ada rezeki untuk anak-anak mama semua. Selagi ada hayat mama, mama tak akan berhenti mendoakan anak-anak mama..insyaallah.
No comments:
Post a Comment