Assalamualaikum w.b.t..
Semenjak-menjak nak cuti berbelog ni kan, dia punya intro kemain lagi kan..hihihi.
So far ok laa..boleh la bertahan gak tak update blog since ada kawan-kawan yang cool kat twitter and whatsapp.. :D *Lef..lef*
Isnin nanti secara rasminya blog akan ditutup so ada masa lagi seminggu ni untuk sembang-sembang. Eh silap, bukan ditutup terus ok, bercuti..lebih tepat :)
Kalau tak kuar lunch hour maka boleh la mengarang untuk hilangkan bosan dan mengisi masa sejam yang ada. Nak tidur rasa cam tak berbaloi sebab kang mata pejam tapi telinga terbuka, dengar jer orang bersembang kat surau tu..tak boleh tidur gak. Nak tidur kat tempat sendiri lak tak kuasa nak menahan lenguh2 pas bangun nanti..huhu. Owh, seperti biasa..sarapan cum lunch tadi saya dah makan nasik putih so lunch hour hanya bermalas-malasan depan pc yang dah nak dilupuskan ni..(bila la blh dapat flat screen nih???)
Hujung minggu baru ni takde apa yang menarik sangat sebab amoi tak sihat. Dua kali datang kinik amik nabulizer..sian dak tomei tu. Makan tanak, menyusu pun kurang..sekali timbang berat 8kg jer :0. cakap pasal timbang, mama dia pun amik kesempatan timbang sekali. Uhuk2..nyaris tak tersedak kat depan doktor tu. Kalau pas sebulan puasa berat saya kembali cantikkk, 45kg tapi lepas sebulan raya ni berat jadi 50kg..adilnya dunia ini -_-
Itu la padahnya bila makan tak ingat..semua nak belasah. No wonder la jeans dah rasa cam sendat sikit (sikit jer tau) rupanya lemak dah banyak terternak di sana sini..*Hate*
ada gak kawan yang kata ok la berat tu untuk yang ada anak 3..tapi saya kurang bersetuju. Ramai or tidak anak bukan alasan untuk kita tak jaga badan, demi suami tercinta kata kau..
Owh yup, saya bercakap bagi pihak diri saya sendiri k..jangan lak ada yang sentap tak pasal2..hehehe.
Semalam, pas hujan lebat saya ajak hubby gi beli tanah (ko tengok, kaya tak kaya boleh beli tanah)..haha. Sebenarnya tanah untuk pindahkan anak2 pokok cili..banyak sangat. ada 38 pokok, yang kecik ada..yang sederhana pun ada. Kalau nak sila la turun shah alam.. ;) Gambar tak amik sebab tepon tengah caj kat atas. Best bila sekali sekala dapat bercucuk tanam..bergotong royong bersama.
Oh yer..last week ofis buat jamuan raya. Saya rasa itu la punca utama kenaikan berat badan saya..memang tidak syak lagi sebab lepas makan, makan..pas makan..makan lagi..pastu makan dan makan lagi..haihh.. Nak tengok jer juadah tu cam tak sampai hati la pulak, sian kat kawan-kawan yang dah bersusah payah menghidang. So untuk jaga hati rakan sekerja maka saya pun makan la jugak...(makan ker melantak? ) buruk laku mak budak ni..seb baik dah kawen kalau tak mau membujang sampai ke tua...huhuhu
Ada la amik gambar sikit..bukan saya yang amik, ada kawan lain. Saya bawak gak camera..amik gambar 4 5 keping pastu sumbat dalam beg.. tapi malas nak usung si gedabak itu.
Ni gimik jer..berlakon konon2 bergossip..(tengok tu..tepon tak pernah lepas..;p)
Upload 2 cukup...
Kata jamuan raya tapi tak nampak pun juadahnya kan?? Ada jer gambar2 makanan tapi malas nak upload. Kang tetiba nafsu makan saya naik lagi..:I
P/s: Masa bawak amoi gi klinik tu tetiba hubby kata "Auni tu demam nak adik tu..dia nk kawan bermain"..Hadoiii..sabar yer sayang, kita tunggu auni AT LEAST masuk 2 tahun..(Tapi kalau DIA dah nak bagi saya redhaaaa):D
6 comments:
yay! dah bukak haha...
hubby nak bagi kot..ealah..mgkin betul..buat kawan
alahhh..nak gambo lagi lagi lagi....
psl anak pokok cili tu..akak mcm nak jer.....nanti bila2 akak free akak terjah umah yer..boleh ke?
oh ya akk suka la gambo first tu...mcm real jer...
G: hehe..insyaallah bukak seminggu ni.
Fazrul: uhuk..tersedak mak nakk..
K.sally: boleh sgt..tapi cili merah & cili api dah bercampur.. ;)
takpe..janji cili hehehee..
Post a Comment