Feb 19, 2012

Perjumpaan Wanita Taman S.I

Siang tadi ada perjumpaan kaum hawa Tmn S.I :)

Bincang aktiviti2 yang nak buat sepanjang tahun ni sesambil berkenal-kenalan dan merapatkan hubungan silaturrahim.

Ramai yang lebih mengenali adalah kaum suami sebab diorang aktif dan agak menonjol..so td baru la tau yang ni isteri siapa..yang tu isteri siapa ;) Dan saya dipanggil isteri Timbalan Yang Di Pertua..haha..cam besar sangat pangkatnya ;D Segan sebab datang lambat 20 minit tadi..baru balik dari pasar..huhu

Ramai gak muka2 yang dah biasa nampak dan dah mesra tapiiii...nama tak tau lagi. Biasa la saya yang peramah ni (errr...peramah ke?) sembang2 tapi selalu lupa nak tanya nama ;p So tadi dah tau la nama2 diorang..

Macam2 cadangan yang diusulkan tadi dan yang paling menarik minat saua adalah kelas menjahit (maklum la org tak reti menjahit ni kan) dan kursus pengurusan jenazah. Aktiviti lain cam marhaban, senamrobik dan macam2 lagi tu biasa2 jer kot..hehe..

Lepas perjumpaan tadi ada jamuan sikit..saya makan sikit jer sebab dah makan nasi dagang gulai tongkol sedap sebelum tu.

Kesimpulannya..aktiviti kejiranan macam ni bagi saya sangat la bagus. Takde la kita buat hal sendiri2 pastu besok2 nak buat kenduri baru terhegeh2 nak kenal orang kan.


Yang tudung pink tu la ketua kaum hawa TSI :)




Tak ramai sangat tapi tetap meriah..dan walaupun ada yang baru pertama kali jumpa diorang mesra jer macam dah lama kenal..seronot. :)




Ada jamuan makan..puding dia sedap. Tak tau apa nama..(lupa nak tanya) tapi memang sedap dan nampak menarik..


Yang tudung biru tengah menyuap tu kak Zaleha atau lebih mesra dipanggil kak Ar. Dia mengasuh budak2..kebanyakan anak2 jiran kat TSI ni dia yang jaga. Dia pernah jaga Auni masa maid kami buat hal dulu.. (Jasamu ku kenang kak. TQVM)


Bergambar beramai-ramai..tapi masa ni dah ada yang dah balik..masing2 ada urusan kan :) *Cilok gambar Ketua Hawa TSI*

3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

eh eh..akak terselit..nmpk sgt akak kurus :D

Hanna said...

best betul tgk aktiviti kejiranan akak ni..ukhwah sungguh..

Anonymous said...

bagus aktiviti mcm ni...baru lah semangat kejiranan tu wujud.jiran adalah sedara terdekat kita kan..nak harap sedara betul mmg jauh laaa..keep it up!!!