Mar 3, 2012

Dari Mata Turun Ke Hati..

Ecehhh..tajuk. Penangan lepas tengok Walimatul Urus Lisa Surirumah Yusri tadi la ni.

Tetiba teringat kira-kira 12 tahun lalu..
Dulu kan saya pernah bagitau yang asalnya saya belajar kat UiTM Merbok (Sg.Petani) pastu transfer ke UiTM Kota Kinabalu kan?

So, nak dijadikan cerita..hari pertama nak gi kuliah tu saya ternampak sorang mamat jalan sorang2 nak gi kuliah juga. Tetiba hati berdebar..(serious, tak tipu) tak tahu kenapa. Pernah dengar tak dan percaya tak orang kata yang bila kita tengok seseorang tu kita tahu dia lah yang akan jadi pasangan hidup kita nanti??? Itulah yang saya rasa masa tu..hanya dengan sekali pandang (errr..over tak?) dan lebih menggembirakan (dalam diam) mamat tu sekelas dengan saya..

Masa tu saya masih belum ada teman istimewa.selepas beberapa bulan barulah tahu berkapel2, tapi bukan dengan mamat tadi tau. Dengan student UMS, berkenalan dari chat room..dolu-dolu kan femes chatting ni..;p

Kapel tak lama, putus thru public phone jer..hihihi. Sapa suruh dia memaksa sangat..kan dah kena bye bye dengan saya.. Ingat lagi masa tu, gaduh kat tepon dan saya tahu orang sebelah (which is budak lelaki kelas saya juga) curi2 dengar. Rupanya pergaduhan saya tu dia (budak sebelah public phone tu) sampaikan pada mamat yang jadi orang pertama saya jumpa tadi. Dia kata dah ada harapan..hehehe. Mana saya tahu? Mamat tu yang bagitahu..

Since daripada itu kawan2 sekelas kenen-kenenkan kami..dan kami mula rapat. Tapi masih malu-malu. Yer betul..dulu saya adalah seorang yang sangat pemalu (Doly,ko mesti setuju ni..hihi) berbeza sungguh dengan saya di sekolah menengah (di asrama,lebih tepat lagi..sebab di sekolah agak pemalu jugak ;p)


Masa ni belum kapel secara rasmi (??)


Dah kapel..


Siang hari sebelum jumpa parents dia malam tuh..(Gigil lutut masa tu..syukur jadi kawin kalau tak memang frust jer..kikiki)

Terjalin ikatan..bukti cinta..


Indahnya bila dikenang-kenang semula masa tu :) Owh..malam ni nak mimpi semula kenangan 12 tahun lepas, boleh??..hihiihihi.

p/s: Maaf la korang dah terlayan entry layan jiwa ni..saya nak abadikan dalam blog sebab andaikata ingatan dah kurang masa tua nanti boleh gak saya ingat2 semula bila baca blog ni (entah wujud lagi ker tak blog ni masa tu eh?? haha)
Dan mamat yang jadi orang pertama saya nampak tu dah pun jadi suami saya sekarang ni.

*B..kalau B baca entry ni, syg nak B tahu yang perasaan syg terhadap B tetap sama macam 12 tahun lepas..semoga kekal macam ni hingga ke penghujung hayat..Amiiinnn*

Ni gambar motivasi untuk kembalikan badan seperti dulu..suka jer tengok gambar masa anak dara dulu kan..huhuhuhu (Tak terima kenyataankah???) :'D




2 comments:

kasihredha said...

suka n3 ni :)
first time akak jumpa hubby pun akak...tengok dia lain dari org lain:))

mama aleen said...

Uitm Merbok taun berapa tu???
saya dari 2000-2002.. hehe..