Mar 2, 2012

Petua Mendapat Anak Kembar



Rehat panjang hari ni..tadi kuar ngan Nida & Zarina g PK*S. Cari inner tudung dan ada benda lain lagi. Pastu terus balik ofis, makan (Nasi lemak bungkus pagi tadi tak makan lagi)
So, ada masa berbaki 10 minit ni kita sosek sosek kejap.

Nak share petua ni..hihi. Berusaha dan kemudian tawakkal kan. Tak salah.. Mak ni sebenarnya teringin nak beranak kembar.. Hahaha..jaga baby sorang pun rasa cam tak menang tangan, inikan pula nak jaga 2 orang sekaligus.. (DIA Maha Mengetahi kemampuan hambaNya kan..huhu)

Search punya search, ada banyak link and blog yang tulis pasal ni.. Lebih kurang jer isi kandungan or tips yang ada. So, saya pun nak share apa yang saya dapat. (Korang pun nak kembar kan..kan..kannnn) ;D

Yang biasa kita dengar macam makan pisang kembar tu tak tau di mana relevantnya..tapi try buat jugak..haha. Hari tu hubby beli pisang dan kebetulan ada yang kembar..sepantas kilat tangan ni amik dan terus makan..hahaha

Jom baca dan usaha sama-sama ;P

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Okeh..so sapa2 yang nak anak kembar tu boleh la cuba amalkan tips di atas ;) Good Luck..ahahaha..

3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

tak ada semua diatas..kekekeke..

wahida said...

dlm keluarga aku tak de sorang pun yg beranak kembar...

kurus said...

syok kan ...
syukur sgt2 kalau dikurniaakan anak2 kembar ;)