Tak ada kisah yang nak diceritakan pasal konvo ni. Macam yang dah bagitau dalam previous entry, Hannan dan Nuha tak boleh nak join sebab tarikh tu kami masih di Kampung..Sabah.
Syukur la gambar dah amik awal so takde la mama terkilan sangat sebab takde kenangan.. Cuma terlepas saat Hannan naik stage tahun ni..tahun akhir dia di sekolah tu.
Tengahari tadi saya gi sekolah dia..sebelum tu dah sms ticer dia awal2 kata nak datang amik..seb baik la ticer dia ada jer kat sekolah walaupun sekarang ni cuti. Dia bagi 'hamper' untuk budak berdua tu sekali. Kalau amik atas stage mesti diorang lagi happy kan..huhu. Nak wak guano..redha jer la kan. Ada la hikmahnya tu.. Oh yep..dapat CD sekali.. :)
Senyum malu2..
Tanya dia.."Kenapa buat macam ni..mama tak nampak muka Hannan"..dia jawab " habisss..aunty tu yang suruh buat macam teropong.."
Sikit jer kan budak kelas dia..senang ticer nak konsentret :)
Mama sukaaaa sangat gambar ni.. :D
Alololo...comel jer..ticer pun buat gwiyomi sama..hihi (Hannan barisan tengah..1st dari kiri)
Seriusss..
Ni pulak gambar kelas Nuha..kelas budak 5 tahun..pun tak ramai kan.. (Nuha barisan depan..5 dari kiri)
Gwiyomi jugakkk..
Ni gambar masa Nuha 4 tahun..tak terasa, nampak dia dah besar dalam gambar atas tu kan..kejap jer. (Nuha barisan depan..4 dari kiri)
Hannan punya la tak sabar..dapat jer terus buka.. abaikan rumah yang tak berapa nak kemas tu :')
Sekolah bagi gambar yang dah print ngan frame sekali untuk budak 6 tahun..
Dapat Best in Bahasa Melayu..Alhamdulillah..
Sebak gak tadi masa jumpa teacher dia amik barang2 semua tu.. bawah ni gambar teachers kat sekolah diorang. Ada sorang lagi teacher tapi dah pindah ke Sarawak..ticer yang Nuha rindu, Teacher Aqilah..
Teacher Ros..Teacher Dhia..Teacher Siti dan Teacher Dila..
Rasa terhutang budi dengan mereka sebab dah didik anak2 saya..dari tak kenal huruf sampai boleh membaca..boleh hafal surah..boleh mengira..boleh solat. Alhamdulillah..
Saya dan hubby plan nak beri sesuatu pada diorang sebagai tanda terima kasih. Tapiiii..tak tau apa benda nak bagi..huhuhu. Insyaallah..esok2 pasti ada idea..













3 comments:
Hello,
I recently created an infographic on behalf of the brand Gaviscon that gives useful information to future moms about How to fight gastro-esophageal reflux and heartburn in pregnancy / Bagaimana menangani gastro-exophageal reflux dan pedih-ulu hati semasa mengandung.
As you yourself were pregnant not so long ago, I thought that you may be interested in sharing this content with your readers, whether they are pregnant or soon to be pregnant.
You can contact me on laura@lionandlion.com if you want to see the infographic.
Also, please note that:
- This is not an advertising campaign (no payment involved). The purpose here is to share information with whoever is interested in it.
I'm looking forward to hearing from you.
Best regards,
Laura
comelnya gambar konvo diorang.. best sungguh!
cikgu sama comel dgn ank murid.. hihi
Post a Comment