Mar 3, 2014

Selepas Renovation..

Tadaaa..wajah baru..hihihi.. Dari semalam duk memilih background at last pilih yang ini..tutup 'rumah' kejap sebab banyak habuk..kontraktor sibuk pasang wallpaper ;p


Hari ni agak kelam kabut..bangun awal tapi biasa la, budak Harraz pun merenggek nak susu. Sudahnya kul 6.30 baru turun bawah goreng nugget untuk bebudak tu. Pastu baru naik mandi.
Pastu turun bawah lagi, pakai baju..iron tudung. Syukur la Hannan senang sikit bangun hari ni..kalau tak tu bercinta nak memujuk suruh mandi.


Dia turun bawah kata nak bawak bekal nugget..alahai, mama goreng sikit jer untuk makan pagi ngan adik2. So sambil goreng nugget 2nd round tu bancuh milo. Elok setel bancuh milo..letrik padammmm...black out. Nugget masih atas api..cemas kejap sebab kat umah tu memang takde torch light. Seb baik la Hannan kata dia nampak lilin ada kat mana. Itu pun ada 2 batang jer.. jadi la, pasang satu kat bawah pastu satu lagi hantar kat atas.. Hubby baru setel solat, Harraz lak sambung tidur. Sian dia kepanasan.. so memandangkan dai tidur lagi memang hubby la yang kena hantar.


Saya cabut ngan Hannan..kuar rumah pun dah 7.20..dan seperti yang dijangka..memang lewat sampai ofis..punch tadi 8.01 -__-. Geram jer... lewat 1 minit, nak lewat biar banyak minit kan ;P
Sampai ofis terus buat kerja sikit..then sambung buat 5S yang tak berkesudahan.. Disebabkan bizi..sampai lupa tudung yang dipakai sengek benget dek kerana bersiap dalam gelap..kikiki


Ok la, nak merehatkan mata kejap. Ada orang ni kejap2 panggil..tanya itu, tanya ini. Tak kisah la kalau dia tak nak rehat kan, tapi jangan la kacau waktu rehat orang lain..
Dah sudah..chow...

1 comment:

Anonymous said...

eiiii..tensi nya kalau org dok kacau time rehat tau..plus time kita nak balik time tu la dia nak diskas...grrrrrr