Mar 3, 2014

Suratan Atau Kebetulan?

Tak tau la..suratan atau kebetulan.. (eceh..)


Tapi..saya perasan, satu masa tu kalau kes budak meninggal memang bertalu2 berita yang sama kita dengar. Bila bab kemalangan pulak dalam seminggu tu ada banyak pulak kemalangan.. (Nauzubillahi min dzalik)


Jumaat lepas, dua kemalangan dalam sehari di kawasan berhampiran rumah. Satu kes tengahari dan satu lagi waktu petang..betul2 di hadapan simpang nak masuk taman perumahan ku. Asalnya pelik jugak sebab awal lagi dah jammed. Selalunya time saya balik dalam kul 5.30 tu jalan clear lagi. Tapi petang tu memang teruk, sampai saya dan Hannan sempat selfie dalam keta :)


Tetiba dapat notification whatsapp ..jiran whatsapp kat dalam group..gambar kemalangan depan simpang tu. Memang ngeri dan menyedihkan ;( Tak tau silap siapa, tapi yang pasti kawasan tu memang tak sesuai buat U-turn dan kemalangan tu berlaku disebabkan teksi cuba nak buat U-turn di  saat jalan yang memang busy.


Simpang rumah saya tu kawasannya berbukit..so kereta dan motor memang laju2. Agaknya motor tu tengah meluncur laju dan teksi tu pulak bajet dia boleh lepas..tapi finally berdentum :'( Sedih tengok mayat yang tercampak tepi tembok batu dan sorang lagi di tengah jalan..tak boleh bangun/bergerak..kritikal. Dan sorang lagi pun cedera parah..tak sedarkan diri. Masa saya lalu nak masuk simpang tu bomba tengah uruskan mangsa yang masih hidup.. (duk terbayang lagi ni..T_T) Subhanallah.. Dengarnya yang kritikal tu meninggal dalam ambulan otw ke hospital. Budak muda lagi..student politeknik Shah Alam :( Anak murid kepada jiran setaman.. Semoga keluarga mangsa diberi ketabahan.


Malam sebelum tu pulak dengar berita ada kemalangan melibatkan van pos laju..pun meninggal jugak. Seram kan.. senangnya nyawa manusia malayang. Atau dalam erti kata lain..bila-bila masa ajal dating menjemput. Tak kira masa dan tempat..


Pada semua, hati2 la masa memandu..ingat insan tersayang. Untuk ingatan diri saya jugak ni.




Ok la, hari ni agak bahagia kt ofis..sampai boleh buat 2 entries kata ko..kihkih. Nk balik cepat..ada janji ngan roommate..


Babaiiii..



No comments: