Mar 4, 2014

Suratan Atau Kebetulan - Part II

Eh eh.. yang ni pun ada part 2 jugak... :')


Semalam baru buat entry pasal kemalangan kan. Tetiba balik kerja semalam hubby kata dia jatuh motor.. Allahuakbar. Bagai nak luruh jantung.. Syukur takde apa2 yang serius. Cuma jari tangan kiri & kanan injured sikit..dan malam tadi bila tanya dia kata dada dia sakit sikit kesan jatuh tu. Nak nangis rasanya..phobia ok dengar word accident ni. Dah la baca kat fesbuk tadi adik member meninggal accident.. Nauzubillah..moga kita semua dilindungi olehNya.


Hubby kata dia jatuh motor kat corner.. Licin..jalan berminyak..katanya depan dia ada 2 orang pun terima nasib sama..lagi kesian sebab sampai koyak2.. Seluar yang hubby pakai semalam dah tak boleh pakai sebab dah rosak part peha.. Memang saya ni risau jer bila hubby gi keja ngan motor..tapi sentiasa sedapkan hati dan fikir positif hubby selamat sampai tempat yang dia tuju.


Malam tadi pulak hubby buat saya menangis bila sembang2 sebelum tidur tetiba dia buka cerita pasal hidup mati..pasal insuran hayat dia. Yang paling buat hati saya tersentuh bila dia kata “B nak sayang masuk syurga..B redha akan sayang..” Huwaaa…bertambah lebat air mata.. bangun pagi gi ofis ngan mata yang bengkak…huhuhu


Ni gambar masa lunch tadi..ibu jari belah kiri tu luka sikit..dan bengkak. Nak pegang sudu pun tak betul sangat.. sian hubby.




Off topic kejap..semalam hubby post banyak hadis2 kat fesbuk.. Dah ada pulak yang fikir post tu untuk saya..tak pasal2 orang ingat kami somistri gaduh. Kakak sampai whatsapp tanya kenapa..hahaha. Lawakkk..tapi geram ok. Bila cakap kat hubby dia kata biar jer..takyah fikir apa orang lain fikir…boleh gitu??? -__-
Eh..nak kepoh ni. ;D

Misi nak naik tangga pagi2 ke ofis untuk tahun 2014 ni nampaknya belum fail lagi setakat ini..ngeeeee.. Kagum untuk diri sendiri..hahaha:’)…


(Huk aloh..setakat turun naik tangga 3 tingkat pun nak kepoh)



2 comments:

Unknown said...

seriau bila dengar jatuh motor sekarang ni.. alhamdulillah ur husband tak cedera teruk..

Anonymous said...

ala kesiannya haris..tu la...akak mmg sgt2 risau dgn motorist ni tau..sebab they are very vulnerable..takde pelindung mcm kete. sekali kena gesel skit dah jatuh kan...seramm....