Jan 9, 2024

Percutian Akhir Tahun 2023 ~ Jalan-jalan Semporna Part 1

 Alhamdulillah..

Direzekikan Allah untuk balik kampung bulan Dec tahun lepas. Balik kampung 20hb malam..balik sini 31hb ptg.

Kisahnya..Jalan-Jalan Semporna ni tak dirancang dari awal pun. As usual..hehehehe
Memula B tanya ada nak gi mana-mana tak? ingat lagi masa tu hari khamis..aku kata kalau dapat g Semporna pun best kut..sebab aku tak pernah sampai sana lagi. So malam tu baru sibuk cari homestay nak kereta sewa. B la pun yang tukang cari..aku tukang setuju je 😁

Alhamdulillah..rezeki anak2. Dipermudahkan untuk kami semua urusan. Jumaat ptg dapat cari keta..malam g amik n pagi Sabtu gerak dari Papar (kampung aku). Tengok kat gugelmep 8 jam 50 minit travel..hahaha. Tapi walau pn jauh enjoy je semua. 

Cadangnya Sabtu terus ke resort.. tapi memandangkan nak sampai pekan Semporna pun dah kul 5p.m rasa rugi pulak. So lg 15 minit sampai pekan tu aku try cari kt Booking.com homestay yang dekat2..sebab kata better tidur dulu 1 malam di pekan..esok pagi baru naik bot. Dan alhamdulillah..dapat yang reasonable n selesa sangat.

Hari Pertama 

Esoknya pagi-pagi lagi kami dah keluar..pakai baju mandi sesiap. Lepas breakfast terus ke jeti untuk naik bot. Dalam kul 9 lebih camtu baru bot sampai. Naik bot ke Lato-lato resort untuk letak barang-barang je pastu terus island hoping dan snorkeling.

Memula sekali dia bawa ke Timba-timba Island. Pulau and pantainya kecil je..takde apa sangat tapi yang pasti air laut n pasirnya yang putih memang cantik sangat. Sempat la snap gambar sikit..panas terik wehhh..


Semua tengah silau 😂

Topi dan sunglass memang berguna sangat kat sini 😅

Izinkan pama bergedik-gedik sebentar..



Lepas dari Timba-timba kami ke Pulau Pandanan untuk snorkeling..tk ingat berapa lama tapi yang pasti sampai penat dan kelaparan 😅 Then ke Pulau Bum-Bum untuk lunch. Oh yer..pakej yang B amik ni sekali dengan 4 kali makan (breakfast, lunch, minum petang dan makan makan) Lepas lunch snorkeling lagi sebelum balik ke resort.


Share 1 video snorkeling

Sampai resort dalam pukul 2 lebih. Semua terus mandi dan tunggu masa untuk minum petang. Lupa sangat nak snap gambar bilik. B amik 2 rumah..1 rumah untuk HannaNuhAuni..1 queen & 1 single.  1 lagi Pama dan ImtiyAzfar dapat rumah paling hujung..1 king, 1 queen dan 1 single. Memang selesa dan berbaloi sangat2.


View dari tingkap bilik


Ketika air pasang..seram jugak kan 😂

Sempat amik video lepas minum petang di area 'cafe'

Ok cukup la kut cerita hari pertama. Dah lama sangat tak blogging ni rasa macam dah tak reti pulak nak bercerita.. walaupn keinginan nk bercerita tu ada je..hihihihi


Nanti la pulak sambung..bila tu harap2nya tak lama la 😁




No comments: