Oct 17, 2024

Keputusan Besar Dalam Hidup

 



Ecehh..tajuk!

Tapi sungguh..aku rasa ini antara keputusan besar dalam hidup yang aku buat. Yg pertama haruslah bab memilih pasangan hidup kan. Nk hidup bersama bukan perkara kecil.

Bulan 6 lepas..aku berbincang dengan suami. tolak tolak tambah..pros n cons. So di suatu petang yang tenang dan damai..aku bawa surat yang dah lamaaaaa aku buat dan beberapa kali tukar tarikh 😁 Bawa surat menghadap Pengarah.

Aku masuk je dia sengih2 tengok aku. Bila aku kata nk minta dia sokong surat dia amik surat tu dan baca sambil gelak2..😅
Ayat dia "ceh..nk beri perhatian kepada keluarga konon. Nanti ko berenti laki ko kawin lain. Pastu madu ko beranak ko jadi bibik jaga anak madu ko" Hampehhhhh 😂 Aku pn gelak n cakap "apa bos ni negative thinking. Sy elok je tk berprasangka buruk"

Pastu dia suh aku fikir masak-masak dulu sebelum buat keputusan.

Lepas dari tu dia asek mengelak dari terserempak ngan aku. Klu dia nampak aku dari jauh nanti di melencong ke mana2 asalkan tk bertembung ngan aku..😪

Dalam masa yang sama tu aku whatsapp gak dia kata dh fikir masak2..and nk minta dia tlg sokong je surat aku tu. Ye laa..klu gomen ni kan kena bg notis or mohon minimum 6 bulan awal. Plan aku hantar bulan 6 so last kerja 31 Disember 2024. Konon!!!

Beberapa hari lepas tu dia kata kat aku jom minum kt luar..ajak sorh dua lg ketua unit. So aku ajak lagi 2 orang kawan..kitorg g minum kt seksyen 2. 

Bila dh duduk n order food..soalan pertama yang keluar dari mulut bos "Ko benci sangat ke kat aku?.."
Hahaha..harus la aku pecah kan. Aku kata dia perasan..sebab aku dah lamaaaaa sangat nak bersara. Suami aku pn dah lama sangat2 dh offer aku jd surirumah tapi aku je yang masih bertangguh.

Dua org geng KU yang aku ajak tu pn nasihatkn aku..bg pendapat apa kemungkinan kalau aku dh bersara nanti 😎 Dalam hati aku kata "korang pun tak pernah merasa bersara awal tapi berkata-kata seolah-olah ada pengalaman".. ni aku kata dalam hati je la. 
Boss n diorg dua suruh aku cuba bertahan dulu. Aku sengih je laaaa...

Bila cerita kt kawan-kawan rapat pulak harus la diorg tak setuju dan tak sokong kan. Ada yang kata hati suami ni kita tak tahu akan datang mcmana. And katanya bg la pencen besar sikit.. (ye la..lagi lama kerja pencen kita akn lagi banyak kam..) Aku just cakap aku malas nk fikir yang bukan2..sebab Allah tu akan uji benda yang paling kita takutkan. Aku kata aku nak fikir positif je..aku kata lagi aku nk bersara dalam keadaan masih sihat. Tkde jaminan pun kalau aku bekerja sampai umur 50 tu aku sihat lagi..entah2 tak sempat pun merasa duit pencen. Sebab hayat aku pn aku tak tau sampai bila je.

Aku nak luangkan masa dengan anak2..nk bisnes ke apa lepas bersara nanti la aku fikirkan. 

Bulan 8 lepas..selepas 2 bulan aku merayu lagi kat boss. Actually sepanjang 2 bulan tu pn beberapa kali aku cakap pasal nk bersara awal. Boss hanya berseloroh..ulang semula ayat mengarut dia tu 😂 
serious memang kerap aku highlight pasal bersara awal dengan dia. Kadang2 dia buat tak dengar atau dia jawab dgn entah apa2 point.

So..hujung Ogos, kebetulan aku memang nak jumpa dia present paper bajet. Sesambil tu bincang pasal event. Bos kata "untuk taklimat pendidikan nanti ko je la bagi ye Lia.." Aku jawab dengan konfiden.."Boleh..tapi boss sign dulu surat pencen saya"

Then dia ulang lagi ayat dia tu..wicis aku dh boleh agak jawapan dia. Tapi tak tau kenapa petang tu aku macam dah nekad. Dia tukar topik dan bercakap pasal event..aku just tundukkkkk tak pandang muka dia.

Bila dia panggil baru aku angkat kepala pandang dia..and masa tu air mata aku tengah bergenang..penuh. Kalau aku kerlip je kompem air mata aku jatuh. Bila dia tengok mata aku dah berkaca dia tanya "Ko ni betul ke nak pencen?.." Aku mute! Dalam hati "Lagi mau tanya"

So dia kata esok ko bawa surat..aku sign. Tapi tak tau la HR luluskan ke tak nanti. Aku senyap lagi.. 
Hujung perbincangan dia pesan..esok ko bawak la surat..sebelum aku tukar fikiran dalam masa 24 jam ni. Aku jawab baik bos.. pastu dia sambung "Entah2 esok aku tak masuk ofis"....

Hangin aku.

Esoknya aku nekad.. pagi2 aku datang bilik dia. Dia kata kejap2. So aku pn tunggu kat tempat PA dia. Dalam 10 minit camtu dia cakap kt PA dia panggil Lia. 

So aku pun masuk. 

Dia just hulur tangan (Signal nk surat)..aku letak surat depan dia. Dia just sign and terus bagi kat aku.. Tanpa kata dan tanpa pandang aku wehhhhhh. Terasa jugak tapi dalam masa yang sama aku happyyyyy.
Beberapa hari jugak dia tak tegur aku..hahaha. Maaf la boss..i have to.

BTW, jangan salah faham..dia memang guna ko aku je sebab sebelum ni dh pernah kerja bersama. Dah macam kawan sebenarnya. Dalam keadaan rasmi dia guna saya je.

Alhamdulillah. Sekarang ni kira aku cam menghitung hari la. Walau pn berbulan lagi sebenarnya.. Sedar tak sedar dah 2 bulan since aku tender surat tu. Insyaallah Mac depan aku last.

1 April 2025 aku akan bergelar pesara kerajaan. Insyaallah.
1 April 2003 aku masuk kerja.. Cukup la kut 22 tahun kan. Dari bujang sampai lah anak sulung pun dah nak abis sekolah menengah. Alhamdulillah

Sebenarnya banyak sangat2 benefit kerja dengan agensi ni. Kebajikan staff memang A..cuma ada beberapa perkara yang aku dah tak boleh tolerate.

Aku yakin, percaturan Allah tu lagi hebat dari percatuaran aku. So aku berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuk aku dan keluarga.

Semoga aku sihat-sihat je untuk beramal dan untuk menguruskan keluarga. Aku yakin rezeki Allah tu sentiasa ada dan aku yakin suami aku tak akan sia-siakan pengorbanan aku yang satu ini.

Insyaallah 😊










No comments: